My Add

Thursday 3 May 2012

Batal saham MAS-AirAsia situasi sama-sama menang: Mustapa

PETALING JAYA, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang menyambut baik pembatalan pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia, menyifatkannya sebagai penyelesaian yang memberi faedah kepada pihak yang terbabit. 

Beliau berkata, langkah membatalkan perjanjian itu yang membabitkan Khazanah Nasional Bhd dan Tune Air Sdn Bhd memberi kelegaan kepada kesatuan yang mewakili kira-kira 20,000 pekerja MAS.

"Saya berpendapat ini satu kelegaan kepada kesatuan. Kerajaan mendengar rungutan dan aduan mereka ini menunjukkan ia mengambil berat.

"Keputusan mengenai pembatalan saham itu merupakan situasi sama-sama menang," katanya selepas pelancaran program 'All-Electric Nissan Leaf Pilot Tentative', di sini, hari ini. 

Semalam, Khazanah, pemegang saham terbesar Malaysia Airlines, secara rasmi membatalkan perjanjian pertukaran saham itu. 

Syarikat pegangan pelaburan itu memindahkan 10 peratus atau 277,650,600 saham biasanya dalam AirAsia kembali kepada Tune Air, yang sebaliknya memberikan semula 20.5 peratus atau 685,142,000 saham biasanya dalam Malaysia Airlines kepada Khazanah. 

Susulan pembatalan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan rakan kongsinya, Datuk Kamarudin Meranun, meletak jawatan daripada lembaga pengarah MAS.

Nomini Khazanah, Datuk Mohamed Azman Yahya, meletak jawatan daripada lembaga pengarah AirAsia. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment