My Add

Saturday 5 May 2012

Penceramah meninggal dunia di Kem BTN Langkawi

ALOR SETAR, SABTU, 05 Mei, 2012: Seorang penceramah Biro Tata Negara (BTN) Kedah, Abdullah Bahari, 45, meninggal dunia selepas mengadu batuk di Kem BTN Langkawi, awal hari ini. 

Pengarah BTN Kedah, Ahmad Supri Zain, berkata allahyarham berada di Langkawi kerana memberi ceramah kepada peserta kursus anjuran agensi itu sejak dua hari lalu.

"Allahyarham tidak menghadapi masalah kesihatan. Malam tadi beliau mengalami batuk dan belum sempat ambulans yang dipanggil tiba, beliau meninggal dunia kira-kira 2.45 pagi," katanya semasa dihubungi di Langkawi.

Ahmad Supri berkata, jenazah allahyarham dibawa pulang ke kampung di Kubur Panjang, Pendang untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Masjid Kubur Panjang, petang ini. 

Allahyarham yang disifatkan sebagai Tenaga Penggerak Sahabat BTN, meninggalkan seorang isteri dan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan berumur 9 hingga 17 tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment