My Add

Saturday 5 May 2012

Pekerja industri berpeluang lanjut pengajian di kolej komuniti

KOTA TINGGI, SABTU, 0 Mei, 2012: Pekerja industri di negara ini berpeluang melanjutkan pengajian di kolej komuniti di negara ini apabila program baru berkaitan industri diperkenalkan tidak lama lagi. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata terdapat 79 kolej komuniti yang menawarkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja industri.

Beliau berkata, program yang diperkenalkan oleh kementerian itu adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Sebelum ini kolej komuniti menyediakan tempat belajar kepada mereka yang gagal melanjutkan pengajian ke universiti dan menawarkan kursus yang memenuhi keperluan komuniti seperti bakeri dan kecantikan. 

"Bagaimanapun, di bawah program peningkatan kemahiran dan latihan semula ini kementerian fokus kepada usaha menarik pekerja industri belajar di kolej komuniti," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kolej Komuniti Bandar Penawar sebagai Hab Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula & Kolaborasi Strategik Bersama IRDA dan Industri Minyak dan Gas di Pengerang, hari ini. 

Di bawah program tersebut, pekerja boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka bagi menghadapi perubahan persekitaran pekerjaan dan menyumbang secara positif kepada pembangunan negara ini. 

Kementeriannya akan bekerjasama dengan syarikat industri bagi menggalakkan pekerja menyertai kursus di kolej komuniti itu. 

"Setiap kolej komuniti akan menawarkan kursus yang berlainan berdasarkan kegiatan ekonomi kawasan kolej berkenaan. 

"Sebagai contoh, Pengerang akan menjadi hab minyak dan gas pada masa akan datang maka kolej komuniti di sini akan menawarkan kursus berkaitan minyak dan gas serta perhotelan," katanya. 

Beliau berharap pekerja industri tidak melepaskan peluang yang diberikan itu. 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment