My Add

Saturday 19 May 2012

Pengunjung teruja sertai sambutan Hari Belia Negara

SEREMBAN, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Beberapa pengunjung melahirkan rasa teruja dengan kepelbagaian aktiviti yang disediakan sepanjang penganjuran Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Sembilan 2012 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini hari ini.

Seorang pengunjung, Ahmad Radzuan Mohd. Nor, 33, yang ditemui di gerai Ekspo Usahawan Belia di kompleks berkenaan berkata, ia merupakan platform terbaik bagi mendorong golongan belia menceburi bidang perniagaan.

"Saya amat seronok dapat melihat anak muda kita sendiri menjual pelbagai barangan di sini.

"Kami juga rasa bertuah kerana kerajaan prihatin dengan kemahuan golongan belia di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Sembilan 2012 bermula hari ini sehingga 20 Mei ini melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta dan dijangka dihadiri lebih 12,000 pengunjung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment