My Add

Tuesday 15 May 2012

Polis dedah video peserta Bersih rela 5 orang mati

*RAKAMAN video yang menunjukkan seorang peserta Bersih 3.0 mahu berlaku kematian semasa perhimpunan itu pada 28 April lalu.
KUALA LUMPUR 14 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memiliki satu klip rakaman video peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang rela berlaku kematian pada hari perhimpunan itu pada 28 April lalu.

Klip rakaman itu memaparkan salah seorang peserta Bersih 3.0 menyebut, 'lima mati hari ini pun tak apa' sekali gus membuktikan ada pihak yang mahu berlaku kematian ketika perhimpunan tersebut.

PDRM turut memuat naik rakaman video itu dalam laman rasmi Facebook milik pasukan tersebut hari ini yang menyiarkan aksi seorang peserta lelaki perhimpunan itu yang memakai baju T Bersih selama 50 saat.

Antara dialog yang dipertuturkan lelaki itu adalah, 'kita ramai, nak mati pun lima orang, yang hidup banyak'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment