My Add

Saturday 19 May 2012

Rifta juara Unduk Ngadau Nabawan

NABAWAN, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Rifta Angin, 21, dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan yang berlangsung di Pentas Terbuka Tamu Pekan di sini kelmarin.

Rifta berasal dari Kampung Murni dan bercita-cita menjadi pramugari menewaskan enam peserta lain yang layak ke pusingan akhir.

Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Maria Barek Sedo Boro 21, dari Kampung Tiga Malinja dan Clera Akuang 21, dari Kampung Empat Murni.

Pemahkotaan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Nabawan disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Nabawan, Lumoyon Maladu.

Pesta Kaamatan peringkat Daerah Nabawan itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bobbey A. Suan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment