My Add

Friday 18 May 2012

Rafizi bertanggungjawab cabul BAFIA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli harus dipertanggungjawabkan terhadap pencabulan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Menurut kenyataan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), Mohd. Rafizi telah bertindak mendedahkan kerahsiaan dokumen yang secara jelas tertera perkataan 'sulit dan peribadi' kepada pihak media.

Kenyataan itu menyebut, pada awal minggu ini, Mohd. Rafizi telah mengedarkan kepada media sepucuk surat bertanda 'sulit dan peribadi' bertarikh 24 April daripada bank terlibat yang telah dialamatkan kepada Johari Mohamad.

''Sikap beliau yang tidak menghormati undang-undang juga dapat dilihat apabila pada masa sama turut mengedarkan kepada media sepucuk surat dari Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 7 Mei yang juga dialamatkan kepada Johari,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment