My Add

Thursday 17 May 2012

Rumah hampir dirempuh lori minyak sawit

*L0RI tangki yang terbalik dan hampir merempuh sebuah rumah di Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu, semalam yang turut menyebabkan berlaku limpahan minyak. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

HULU TERENGGANU,  16 Mei, 2012: Seorang warga emas dan cicitnya berusia sembilan bulan nyaris maut selepas sebuah lori tangki muatan minyak sawit terbabas dan hampir merempuh rumah mereka di Kampung Tengkawang dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi, lori seberat 40 tan itu merempuh sebuah kedai dan sebatang pokok di hadapan rumah mangsa, Minah Che Idris, 60, dan Nor Auni Azamudi.

Minah berkata, ketika kejadian, dia dan Nor Auni berada di dalam rumah sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kenderaan terseret menuju ke arah mereka.

"Sejurus mendengar bunyi itu, saya segera mendapatnya Nor Auni yang tidur di ruang tamu. Tidak lama selepas itu, saya dengar bunyi dentuman dan saya berlari ke belakang rumah untuk menyelamatkan diri," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment