My Add

Saturday 26 May 2012

Saman terhadap Ambiga : Biar mahkamah putuskan: Nazri

KUALA KANGSAR SABTU, 26 Mei, 2012: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, hanya mahkamah boleh memutuskan sama ada saman kerajaan terhadap Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga mempunyai asas undang-undang ataupun tidak.

"Mengapa mereka (pembangkang) nak takut? Biarlah mahkamah yang tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ekspedisi berakit Sungai Perak sempena Tahun Melawat Malaysia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pembangkang yang dilapor portal berita Malaysiakini bahawa saman sivil kerajaan terhadap Ambiga dan sembilan lagi anggota jawatankuasa Bersih tiada asas undang-undang dan harus ditarik balik.

"Memanglah pembangkang rasa tak berasas kerana kerja dia melanggar undang-undang," kata Mohamed Nazri.

Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K.Arumugam, S.Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo kerana gagal mengawal perhimpunan yang dianjur pada 28 April lepas, sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Kerajaan memohon ganti rugi khas berjumlah RM122,000 untuk kos pembaikan kenderaan polis, faedah, kos dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment