My Add

Saturday 26 May 2012

Belia luar bandar jangan berhijrah

PUTRAJAYA, SABTU, 26 Mei, 2012: Golongan belia luar bandar dinasihat agar tidak berhijrah ke kawasan bandar, sebaliknya menggunakan tenaga dan idea mereka untuk sama-sama membangunkan kawasan tempat asal mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan berusaha membangunkan kawasan luar bandar melalui pelbagai program termasuk projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), projek-projek agropolitan dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

"Saya penuh yakin dengan mengadunkan kegiatan ekonomi yang ada maka sudah pasti kehadiran belia-belia yang tenaganya masih kuat dan mempunyai keupayaan dari segi ilmu, di luar bandar amat diperlukan.

"Jadi saya nasihat jangan berhijrah ke bandar, kekal di luar bandar untuk pastikan kita boleh majukan kampung kita, kita boleh bangunkan kampung kita, kita boleh bela orang kampung kita dan kita boleh lahirkan suasana yang aman dan sejahtera di kampung kita," katanya selepas merasmikan Program Government To Youth (G2Y) sempena Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment