My Add

Saturday 12 May 2012

Seorang maut, 77 cedera dalam kemalangan dua bas, treler

SEREMBAN, SABTU, 12 Mei, 2012: Seorang warga emas maut manakala 77 lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua bas dan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 2.58 pagi itu, kedua-dua bas yang memuatkan 84 penumpang dari Johor dan Terengganu itu dikatakan melalui lebuh raya berkenaan menuju ke Batu Pahat dan Melaka selepas menghadiri Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika mengesahkan kejadian itu berkata, warga emas berkenaan, Roha Dol, 79, berasal dari Semerah meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar ketika mendapatkan rawatan kecemasan kira-kira pukul 5.40 pagi.

Seramai 77 penumpang lain mengalami kecederaan cedera ringan dan selebihnya dilaporkan selamat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment