My Add

Friday 11 May 2012

Seorang maut dalam letupan di loji pemprosesan gas di Kertih

KEMAMAN, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Seorang maut, seorang parah dan 21 lagi mengalami kecederaan selepas letupan berlaku di Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3), Kawasan Projek PRR, Kompleks A milik Petronas di Kertih, pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum diketahui.
Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.

Mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Dungun dan Kemaman.

Mereka ialah kakitangan sebuah syarikat kontraktor Konsortium Hyundai-PFCE yang sedang menjalankan kerja kimpalan di loji itu yang sedang dalam penyelenggaraan. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment