My Add

Saturday 5 May 2012

Seri Paduka hadiri Majlis Santapan Amal P-BANK



*TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memotong kek Hari Keputeraan baginda ketika berangkat menghadiri Majlis Santapan Amal P-BANK 2012 di Kuala Lumpur, malam kelmarin. - Bernama

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menghadiri majlis santapan dan konsert amal Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (P-BANK) 2012 di sini malam semalam.

Majlis itu merupakan acara tahunan P-BANK bagi mengutip sumbangan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang bentuk bencana alam dan menghulurkan bantuan kepada mangsa di Kedah.

Turut berangkat, Tengku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tengku Anuar Sultan Badlishah selaku Yang Dipertua P-BANK dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Majlis yang dihadiri 500 tetamu itu turut diadakan sempena ulang tahun keputeraan ke-84 Sultan Kedah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment