My Add

Friday 11 May 2012

Seri Paduka lakukan kunjung muhibah terhadap Sultan Brunei

*TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan pada majlis kunjungan muhibah sempena lawatan rasmi ke Bandar Seri Begawan, Brunei, semalam. - BERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berangkat ke majlis kunjungan muhibah terhadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di pekarangan istana tersebut pada kira-kira 11 pagi.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara berkumandang pada majlis sambutan rasmi selain disertakan tembakan 21 das meriam, sebelum Seri Paduka memeriksa perbarisan kawalan kehormatan bersama Sultan Brunei.

Seri Paduka berdua juga disembahkan kalungan bunga oleh anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah, sebelum memasuki Istana Nurul Iman untuk kunjungan muhibah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment