My Add

Sunday 20 May 2012

Tindakan Dong Zong tidak jejas usaha penambahbaikan

PAGOH, sabtu, 19 Mei, 2012: Tindakan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) menarik diri daripada jawatankuasa khas mengatasi kekurangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak menjejaskan usaha penambahbaikan, malah, mungkin memudahkan masalah itu diselesaikan.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masih ada empat atau lima badan lain yang meneruskan usaha perbincangan tersebut secara rasional dan pelbagai idea diutarakan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kalau Dong Zong kata memperjuangkan sekolah Cina, saya hairan apabila ia tidak mahu menyertai mesyuarat tersebut. Adakah tindakan itu akan membantu menyelesaikan masalah?

"Sebagai contoh, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang mempengerusikan jawatankuasa khas itu memberitahu usaha melatih guru tersebut akan mengambil masa sehingga 2018. Saya kata ia terlalu lama, jadi kita cari jalan termasuk kursus masa cuti," katanya kepada pemberita di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment