My Add

Saturday 12 May 2012

Waris, kariah Madrasah Salihiah kecewa kenyataan MB Kedah

*DARI kanan, Fidel Firaidi Mustapa, Mohd. Asywar Mansor, 8, Mansor Ahmad, Murshid Arifin dan Fadzil Ishak (kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Setar, semalam .

ALOR SETAR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah, Kanchut di sini dan kariahnya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Kedah yang mahu merobohkan surau itu walaupun mahkamah belum membuat keputusan berhubung injunksi difailkan mereka.

Seorang waris pemilik asal, Fidel Firaidi Mustafa, 49, berkata, kenyataan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu jelas mendahului perundangan di mahkamah selain berbaur ugutan.

"Kami kecewa kenapa seorang Menteri Besar boleh membuat kenyataan seperti itu. Tidak fahamkah beliau tentang prosedur undang-undang?

"Mahkamah hanya akan membuat keputusan berhubung injunksi menghalang madrasah tersebut dirobohkan pada 4 Jun ini. Apa motifnya Azizan cuba mengelirukan rakyat?'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment