My Add

Saturday 12 May 2012

Arowana bernilai RM128,500 dirampas

*MOHD. Sidek Md. Jahaya menunjukkan ikan arowana yang dirampas pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Jabatan Perikanan negeri menumpaskan satu sindiket penyeludupan ikan arowana setelah merampas 241 ekor ikan itu bernilai RM128,500 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pagi ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi ini, seorang lelaki berusia 35 tahun dari Taiwan ditahan setelah pemeriksaan menemui ikan tersebut diisi di dalam empat beg plastik disembunyikan dalam dua beg.

Pengarah Perikanan Negeri, Mohd. Sidek Md. Jahaya berkata, cubaan menyeludup ikan itu berjaya ditumpaskan setelah pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam.

"Suspek dipercayai membeli ikan arowana itu dari Kedah dan mahu menjualnya ke Guangzhou, China. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment