My Add

Saturday 12 May 2012

Kementerian Dalam Negeri diminta ambil tindakan penganjur Bersih 3.0

*SEBAHAGIAN ahli Kelab Sahabat Islam Pulau Pinang mengadakan demontrasi di hadapan Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

PULAU PINANG, JUMAAT, 11 Mei, 2012:  Penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 yang menimbulkan huru-hara di ibu negara dua minggu lalu, Datuk S.Ambiga terus dikecam.

Terbaru, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kelab Sahabat Islam Pulau Pinang (KSIPP) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kuat perhimpunan itu.

Pengerusinya, Roslan Darmanshah berkata, perhimpunan seperti itu bukan budaya rakyat negara ini dan mereka tidak mahu keamanan yang ada dihancurkan.

"Selama lebih 50 tahun kita hidup dalam keadaan aman damai dan tiada masalah tetapi kini muncul pihak-pihak tertentu yang mahu memusnahkannya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment