My Add

Saturday 12 May 2012

Zulkifli Noordin cabar Chee Wee tubuh parti politik

KUANTAN, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee membubarkan badan itu dan menubuhkan sebuah parti politik.

Menurutnya, ia kerana Majlis Peguam kini dilihat tidak lagi menjadi sebuah badan bebas sebaliknya telah 'dirampas' untuk dijadikan parti komponen dalam pakatan pembangkang.

"Chee Wee jangan berselindung di bawah Majlis Peguam untuk kelirukan rakyat di negara ini.

"Kalau betul hendak berpolitik, letak jawatan, tanding pilihan raya. Kalau hendak bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu pun boleh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi pendengaran awam mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment