My Add

Saturday 12 May 2012

Majlis Peguam perlu diganti

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB, KAMIL MASLIH dan SHEILA RANI CHANDRASEKARANKUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Sebuah badan guaman baru yang bebas daripada pengaruh politik perlu diwujudkan bagi menggantikan Majlis Peguam.

Ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek berkata, langkah itu perlu memandangkan Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti.

"Kewibawaan Majlis Peguam sebagai sebuah badan non-partisan sudah dicemari agenda-agenda politik pemimpin dan parti pembangkang.

"Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Profesion Undang-Undang 1976 dalam usaha mewujudkan sebuah badan guaman yang bebas daripada campur tangan politik serta menjadi badan yang berintegriti dan dihormati," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abu Backer, badan alternatif itu diharap akan menyediakan peluang yang lebih demokrasi dan profesional kepada peguam di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment