My Add

Saturday 12 May 2012

Kerajaan tidak akan tukar Panel Penasihat Bebas

PUTRAJAYA, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan sesetengah pihak supaya menukar ahli Panel Penasihat Bebas yang diketuai oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar bagi menyiasat insiden keganasan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua pihak seharusnya memberi peluang kepada panel tersebut menjalankan proses siasatan tanpa sebarang prejudis.

Katanya, adalah mustahil untuk kerajaan memuaskan hati semua pihak, terutamanya ahli politik yang mempunyai agenda peribadi bagi menentukan siapa yang harus menganggotai panel tersebut.

"Penubuhan panel ini di kalangan ahli media, tokoh korporat, pakar psikologi, pesara hakim dan bekas Ketua Polis Negara seharusnya dilihat sebagai manifestasi jelas kerajaan untuk membongkar kebenaran ketika Bersih 3.0 lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment