MAIPP tidak serius isu tanah kubur
PULAU PINANG, RABU,, 26 Disember, 2012: Dakwaan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd. Salleh Man bahawa isu pencerobohan tanah perkuburan Islam Jalan Boundry, Ayer Itam telah selesai, dibidas Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM).
Pengerrabu,usinya, Aminah Abdullah berkata, tindakan mengarahkan pemaju menggantikan semula batu nisan yang dicabut dan menganggap isu itu selesai menunjukkan pemimpin berkenaan tidak sensitif dengan hal ehwal agama.
"Ini bukan masalah batu nisan. Kalau setakat batu nisan sesiapa pun boleh bagi, malah, saya percaya waris juga mampu untuk membelinya sendiri.
"Masalahnya pemaju telah meratakan kubur sehingga waris sendiri tidak dapat mengagak dengan tepat pusara saudara mereka. Di mana hendak dipacakkan batu nisan baharu itu nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam Mohd. Salleh menjelaskan, isu pencerobohan tanah perkuburan terbabit selesai melalui rundingan di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, pemaju dan waris pada Jumaat lalu.
Dalam pertemuan tersebut, pemaju dikatakan bersetuju untuk memberi pampasan dengan menggantikan kesemua batu nisan yang telah dialihkan.
Aminah yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang turut mempersoalkan bagaimana isu itu boleh dianggap selesai hanya dengan menggantikan batu nisan yang dicabut.
"Selepas diganti, apakah kita kena menggali semula kubur tersebut untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum memacakkan semula batu nisan yang baharu itu nanti?
"Sepatutnya mereka menyiasat bagaimana perkara itu boleh terjadi dan bukannya mengambil penyelesaian mudah bagi menutup mulut umat Islam," tegasnya. - UYUSAN
No comments:
Post a Comment