My Add

Thursday 27 December 2012

Ugut: Polis nafi belum hubungi Kor Ming

IPOH, RABU, 26 DisEMBER, 2012- Polis hari ini menafikan dakwaan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang beliau tidak pernah dihubungi bagi membantu siasatan kes mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, selepas merekodkan keterangan Hamidah, pegawai penyiasat kes tersebut cuba menghubungi ADUN Pantai Remis itu tetapi tidak berjaya.

"Saya sudah tanya pegawai penyiasat sebab selepas kita rekod kenyataan Hamidah, memang mereka ada cuba hubungi Kor Ming tetapi tidak dapat. Orang boleh cakap apa sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Chang Keong, sehingga kini, Kor Ming belum lagi tampil memberikan keterangan berhubung kes tersebut kepada pihak polis.

"Memandangkan kertas siasatan kes masih di pejabat Timbalan Pendakwa Raya, kita tunggu kertas siasatan itu dihantar balik dan mungkin selepas itu, kita akan hubungi Kor Ming semula untuk rakamkan keterangan beliau," jelasnya.

Kor Ming ketika dihubungi semalam memberitahu, beliau bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes tersebut tetapi mendakwa tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pegawai polis sehingga kini.

Pemimpin DAP itu turut menuduh Hamidah membuat laporan palsu berhubung kejadian itu kerana mendakwa beliau mempunyai saksi dan bukti untuk membuktikannya difitnah.

Kor Ming juga memberitahu, beliau tidak perlu membuat laporan polis terhadap Hamidah memandangkan ADUN Tronoh, V. Sivakumar selaku saksi kejadian telah membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan ADUN Sungai Rapat itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment