My Add

Thursday, 27 December 2012

Koo Ham 'dibelasah' di Twitter

IPOH, RABU, 26 Disember, 2012: Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang kini berdepan pelbagai kontroversi termasuk pembabitan dalam projek tanah balak di Kelantan dan perbalahan isu penerimaan darjah kebesaran terus menerima tamparan hebat malah 'dibelasah' dalam laman sosial Twitter.

Koo Ham turut dikecam dalam laman sosial tersebut apabila membangkitkan cadangan DAP supaya kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Melayu di Semenanjung.

Paling mendapat perhatian adalah penglibatan Koo Ham dan sepupunya yang juga Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam Upayapadu Sdn. Bhd. (UPSB) iaitu syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

Dalam laman sosial itu, seorang pengikutnya, Hwa Beng bertanya: "Saya tidak faham Koo Ham dan Kor Ming bertindak sebagai pelabur, (tetapi) kenapa mereka menjadi pengarah dan pemegang saham? Politik sebenar!"

Koo Ham dan Kor Ming dalam satu tweet menjelaskan, transaksi pembelian tanah balak tersebut tidak melanggar undang-undang dan sesiapa juga boleh melabur sambil menyelitkan beberapa laporan portal propembangkang Malaysiakini berhubung isu itu.

Dalam satu tweet juga, Koo Ham memaklumkan beliau sudah mengedarkan satu kenyataan kepada media berhubung isu berkenaan lalu dibalas dengan sinis seorang pengikutnya, Chan Tien Chai yang berkata: "Should done itu earlier, stupid!." (Patut lakukan awal-awal lagi, bodoh!)

Koo Ham kemudiannya memberitahu bahawa isu tersebut sudah dijelaskan sebelum ini tetapi media lebih cenderung mencetuskan keraguan.

Dalam pada itu, tweet Armand PJ Utara pula adalah: "Kaya Koo Ham, mana d - UTUSANapat duit RM36.8 juta keseluruhan pembelian penuh terhadapekuiti syarikat UPSB?" - UTUSAN

No comments:

Post a Comment