My Add

Wednesday 26 December 2012

Helikopter milik KDN Ukraine terhempas, ragut lima nyawa

KIEV (Ukraine), RABU, 26 Disember, 2012: Kementerian Dalam Negeri Ukraine hari ini mengesahkan satu helikopternya terhempas di bahagian tengah negara itu, membunuh kesemua lima penumpang yang berada di dalamnya.

Jurucakap Kementerian, Serhiy Burlakov, berkata helikopter Mi-8 terhempas ke tanah sejurus berlepas dari lapangan terbang di bandar Alexandria, wilayah Kirovograd, kira-kira 320 kilometer tenggara ibu negara Kyiv.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca nahas. -AP

No comments:

Post a Comment