My Add

Thursday 27 December 2012

China lancar kereta api laju

*SEKUMPULAN wartawanberkumpul semasa majlis perasmian perkhidmatan kereta api laju yang akan menghubungkan Beijing dan Guangzhou dengan jarak 2,298 kilometer, di ibu negara China, semalam. - AFP

BEIJING, , RABU, 26 DisAember, 2012: China hari ini melancarkan perkhidmatan kereta api laju di laluan terpanjang di dunia, dengan industri pengangkutan itu semakin berkembang tetapi sering berdepan dengan masalah.

Pembukaan laluan antara Beijing dan Guangzhou sejauh 2,298 kilometer akan membolehkan perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut memakan masa hanya selama lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.

Badan penyiaran China Central Television melaporkan kereta api laju pertama bergerak pukul 9 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) dari Stesen Kereta Api Beijing Barat.

Stesen televisyen berkenaan juga melaporkan secara langsung keadaan di dalam kereta api itu yang menunjukkan penumpang bergambar kenang-kenangan sempena pelancaran perkhidmatan kereta api laju tersebut.

Agensi berita Xinhua pula melaporkan sebuah lagi kereta api berlepas dari Guangzhou ke ibu negara ini kira-kira pukul 10 pagi.

Kereta api itu akan bergerak dengan kelajuan purata 300 kilometer sejam yang meliputi 35 hentian di bandar-bandar utama seperti Zhengzhou, Wuhan di Sungai Yangtze dan Changsha.

Media rasmi melaporkan hari ini dipilih bagi memulakan perkhidmatan kereta api laju Beijing-Guangzhou sempena tarikh kelahiran pemimpin China, Mao Zedong yang dilahirkan pada 1893.

Laluan Beijing-Guangzhou dilengkapkan dengan penyelesaian pembinaan laluan antara Zhengzhou dan Beijing kerana laluan Zhengzhou-Wuhan-Guangzhou sudah beroperasi.

Rangkaian kereta api laju China dibina pada 2007 namun menjadi industri paling berkembang pesat di dunia.

Xinhua melaporaan, China kini mempunyai laluan kereta api laju sejauh 9,300 kilometer. Agensi 

No comments:

Post a Comment