My Add

Friday 28 December 2012

Misi kemanusiaan KP1M taufan Bopha berjaya

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Kesemua 47 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selamat kembali ke tanah air malam tadi selepas berjaya melaksanakan misi lima hari menghulurkan bantuan kemanusiaan di wilayah Mindanao selatan Filipina yang terjejas akibat taufan Bopha.

Misi itu membawa 36 tan barangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian, termasuk kerusi roda untuk diagihkan kepada mangsa bencana.

Pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) yang membawa anggota misi berkenaan dan pengamal media yang turut serta, mendarat di Pangkalan TUDM Subang pada 11.15 malam.

Pengerusi KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi itu yang tertumpu kepada kawasan pedalaman diterima baik oleh mangsa taufan Bopha dan telah berjaya mengagih bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian kepada lebih 30,000 keluarga mangsa taufan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment