My Add

Thursday 27 December 2012

45,000 kakitangan kerajaan disambung kontrak

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 Disember,, 2012) - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari sehingga hujung bulan Jun nanti.

"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.

Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment