My Add

Thursday, 27 December 2012

Perdagangan bebas Malaysia-Australia berkuatkuasa
 
KUALA LUMPUR, RABU,, 26 Disember, 2012:, 2012: Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) yang berkuatkuasa 1 Januari 2013 depan dijangka membawa manfaat kepada kedua-dua buah negara, khususnya menerusi pembukaan pasaran beserta penghapusan tarif perdagangan untuk jangka panjang.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menjelaskan, perjanjian itu akan menangani beberapa isu mengenai liberalisasi perdagangan produk dan perkhidmatan, selain meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala.

MAFTA adalah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang keenam buat Malaysia yang telah mengadakan perjanjian yang sama dengan Jepun pada tahun 2005, Pakistan (2007), New Zealand (2009) Chile (2010) dan India (2011).

Perjanjian dengan Australia itu juga dilihat sebagai pelengkap kepada Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA).

Di bawah MAFTA, Malaysia secara berterusan akan mengurang atau menghapuskan tarif terhadap beberapa produk berkaitan industri dan pertanian mulai 1 Januari 2013 dan seterusnya setiap 1 Januari setiap tahun sehingga 2019.

“MAFTA akan membawa faedah kepada pengekport tempatan memandangkan Australia akan menghapuskan 100 peratus duti importnya mulai 1 Januari 2013.

“Ini adalah FTA pertama menyaksikan Malaysia menerima penghapusan tarif secara langsung terhadap semua produk yang disenaraikan oleh rakan perdagangannya," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Perjanjian itu juga akan meningkatkan akses pasaran terhadap perdagangan beberapa sub-sektor perkhidmatan. Syarikat tempatan akan dibenarkan untuk terlibat di dalam perkhidmatan berkaitan hospital serta aktiviti sokongan di Australia.

Negara juga akan mempermudahkan perniagaan rawatan kesihatan tradisional seperti perkhidmatan urut Melayu, homeopati, Ayurveda dan perubatan tradisional Cina.

Australia juga akan membenarkan syarikat Malaysia mengendalikan perkhidmatan profesional seperti guaman, perakaunan, pencukaian, arkitek, kejuruteraan, perancangan perbandaran, pergigian, veterinari dan pengurusan konsultan.

Sebagai balasan, membuka peluang kepada syarikat dari Australia untuk terlibat di dalam sektor pendidikan, telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan.

MAFTA juga berperanan mempromosi kerjasama ekonomi dua hala dalam sektor automotif, pelancongan, pertanian, E-perdagangan dan teknologi arang batu mesra alam.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment