My Add

Wednesday, 26 December 2012

Lebih 10,000 pengguna masih bergelap susulan ribut salji di Montreal

MONTREAL, RABU, 26 Disember, 2012: Kira-kira 800 pekerja Hydro Quebec di sini masih bekerja keras, cuba untuk memulihkan bekalan elektrik kepada pelanggan yang terjejas berikutan terputus bekalan tenaga, Jumaat lalu.

Kira-kira 120,000 pengguna di bandaraya berkenaan bergelap apabila ribut salji setinggi 50 sentimeter menenggelamkan beberapa kawasan.

Sehingga jam 11 pagi hari ini, kira-kira 10,200 pengguna masih terputus bekalan elektrik, terutamanya di Laurentians dan wilayah Outaouais, barat Quebec. - AGENSI

No comments:

Post a Comment