My Add

Thursday 27 December 2012

Laporan polis secara online mulai 2013 - Khalid

Oleh FATIN AINAA FAUDZI

SABAK BERNAM, KHAMIS 27 DisEMBER, 2012: Orang ramai boleh membuat laporan polis secara sistem dalam talian (online) melalui sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan dilancarkan tahun depan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penggunaan sistem tersebut diperkenalkan seiring dengan kemajuan teknologi serta kemudahan internet yang lebih pantas dan mudah digunakan.

"Sistem laporan secara onlineini kita wujudkan selaras dengan penggunaan internet yang kini semakin meluas penggunaannya oleh segenap lapisan masyarakat.

"Dengan adanya sistem laporan ini, orang ramai tidak perlu lagi untuk pergi ke balai polis sebaliknya boleh membuat laporan di mana-mana sahaja mereka berada. Langkah ini akan menjimatkan masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Daerah Sabak Bernam, Pekan Sungai Besar, di sini hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Mohammad serta kira-kira 1,000 penduduk di daerah berkenaan.

Pada masa yang sama, mengulas lanjut mengenai sistem tersebut, Khalid memberitahu portal rasmi pelaksanaan sistem itu dirangka dan dibangunkan oleh Unit Pemodenan tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment