My Add

Wednesday 26 December 2012

Kabinet Jepun dibubarkan untuk beri laluan kepada PM baru


*PEMIMPIN Parti Liberal Demokratik (LDP), Shinzo Abe mendapat tepukan gemuruh daripada ahli parti selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru di Dewan Parlimen, Tokyo, hari ini. Bekas Perdana Menteri Jepun itu dilantik semula oleh ahli Parlimen hari ini bagi memberi peluang kedua kepada beliau bagi menjana ekonomi negara ketiga terbesar dunia itu. - Foto Reuters

TOKYO, RABU, 26 Disember, 2012: Kabinet Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda dibubarkan hari ini bagi memberi laluan untuk proses undian di Parlimen bagi mengisytiharkan secara rasmi Shinzo Abe sebagai pemimpin baru Negara Matahari Terbit itu.

Jurucakap ketua kerajaan itu berkata, Kabinet lama dibubarkan pada mesyuarat khas pagi ini.

Abe yang mengetuai Parti Liberal Demokratik mencapai kemenangan pada pilihan raya 16 Disember lalu selepas tiga tahun menjadi pembangkang. Beliau dipilih sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

Beliau pernah memegang jawatan berkenaan pada 2006-2007.

Beliau berikrar untuk mengambil langkah tegas bagi meningkatkan ekonomi, menangani krisis hutang dan mewujudkan langkah pemulihan selepas negara berkenaan dilanda gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear. - AP

No comments:

Post a Comment