Mubarak akan dipindahkan ke hospital tentera
KAHERAH, JUMAAT, 28 Disember, 2012 Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak akan dipindahkan ke Hospital Tentera Maadi dari klinik penjara, lapor sumber keselamatan semalam.
Sumber bagaimanapun tidak dapat memastikan tarikh sebenar bekas pemimpin yang berusia 84 tahun itu akan dipindahkan.
Mubarak, pada Jun lalu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas penglibatannya menyebabkan kematian kira-kira 850 penunjuk perasaan sepanjang kebangkitan membantah kepemimpinannya. - REUTERS
No comments:
Post a Comment