My Add

Friday 28 December 2012


Mangsa banjir di Pantai Timur kembali menurun

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Keadaan banjir di Pahang, Kelantan dan Terenganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus menurun, pagi ini.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri berkenaan, jumlah terkini mangsa yang dipindahkan ialah 22,093 orang berbanding 23,235 malam tadi.

Seramai 410 mangsa dicatat pagi ini di Pahang berbanding 435 orang malam tadi, sementara Kelantan merekodkan 6,457 orang berbanding 7,000 orang malam tadi dan di Terengganu, seramai 15,226 mangsa berbanding 15,800 orang.

Di PAHANG, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata seramai 366 mangsa daripada 91 keluarga dari enam buah kampung ditempatkan di daerah Kuantan iaitu di SK Galing, Balai Raya Kampung Soi, Balai Raya Kampung Pahang dan SMK Gudang Rasau.

"Manakala, baki 44 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di SK Sinar Mutiara di daerah Pekan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment