My Add

Thursday 27 December 2012

Motif politik Guan Eng - Hasan Ali

Oleh SAIFULIZAM MOHADMA

KUALA LUMPUR, RABU, 26 DisEMBER, 2012: Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sengaja menimbulkan isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut Kristian di negara ini jelas memperlihatkan motif politiknya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam masa sama, Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, tindakan Setiausaha Agung DAP itu juga menampakkan betapa parti tersebut langsung tidak menghormati hak orang Islam di negara ini.

Menurutnya, Guan Eng tidak sewajarnya menimbulkan semula isu yang amat sensitif itu memandangkan isu berkenaan telah reda dan tidak lagi ditimbulkan mana-mana pihak.

"Isu-isu seperti ini menjadi pilihan dan begitu popular bagi sebuah parti cauvinis dan rasis seperti DAP.

"Isu kalimah Allah yang ditimbulkan semula DAP ini turut membayangkan wujudnya agenda Kristian dalam barisan kepimpinan tertinggi parti itu yang merupakan agenda terbesar mereka ke arah membentuk negara Kristian seperti yang pernah didedahkan sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Jati, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam ucapan Krismas beliau kelmarin yang menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Injil versi bahasa Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasan berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din pernah menjelaskan kalimah Allah boleh digunakan dalam agama Islam sahaja.

Malah, ujar beliau, Haron juga pernah menegaskan sesiapa yang menyokong dan bersetuju membenarkan penggunaan kalimah suci tersebut selain daripada khusus untuk agama Islam boleh menyebabkan kekufuran dan syirik.

Sehubungan itu, tegas beliau, Pas sebagai parti Islam harus segera mengingatkan ahli dan penyokong DAP tentang pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas berkenaan.

"Seperti yang diketahui terdapat beberapa pemimpin parasit dalam Pas yang menyanggah pandangan Haron dan menganggap pandangan itu hanya pandangan peribadi.

"Amat dikhuatiri jika usaha ini tidak dilakukan, masyarakat Islam akan - UTUSAN

No comments:

Post a Comment