My Add

Friday, 28 December 2012

'Halal' mengelirukan dilarang mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR, MJUMAAT, 28s.Disember, 2012:Mulai 1 Januari depan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti perkataan "ditanggung halal" , "makanan orang Islam", "buffet Ramadan" dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan dan memperdayakan orang Islam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini berkata mulai 1 Jan 2013 tindakan akan diambil ke atas pihak yang masih menggunakan logo dan ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jakim atau majlis agama Islam negeri (MAIN).

"Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.

"Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment