Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
BESUT, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Kerana yakin dengan Amanat Haji Hadi semasa dikeluarkan 31 tahun lalu, bekas penyokong tegar Pas, Raja Ayub Raja Kechil, 60, memutuskan untuk tidak lagi menjejak kaki ke rumah mentuanya yang cuma tinggal bersebelahan rumahnya di kampung Air Terjun Padang Luas di sini.
Sebelum itu, hubungan mereka rapat sehinggalah Raja Ayub mendengar Amanat Haji Hadi melalui siri ceramah pemimpin dan perjumpaan dengan pemimpin Pas yang memberi kefahaman bahawa mereka yang tidak bersama Pas bukan kalangan Islam.
Selama 10 tahun saya tidak menjejak kaki ke rumah mentua walaupun ada majlis dan kenduri-kendara. Keluarga mentua yang menyokong UMNO terpaksa terima keadaan itu," katanya.
Dengan keyakinan tindakannya benar mengikut Islam, beliau mula berselisih faham dan tidak lagi bertegur sapa dengan kalangan yang tidak bersama dengan perjuangan Pas, malah berkelahi dengan anggota keluarga sendiri. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment