Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPU, JUMAATR, 08 November, 2013: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Dana Perniagaan Sosial bagi memperkasa golongan belia dan membantu menyelesaikan masalah sosial yang tidak dapat ditangani secara sendirian oleh kerajaan.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, dana dengan permulaan RM20 juta akan diselia Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) dan mana-mana pihak yang mahu menjayakan aktiviti memperkasakan sosial boleh memohon.
"Objektif kerajaan melalui penubuhan dana ini ialah mewujudkan masyarakat yang lebih baik. Kerajaan mengakui tidak semua masalah berkait sosial dapat kita selesaikan secara sendirian walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.
"Jadi melalui dana ini, saya berharap kita dapat memperkasakan golongan muda yang komited dengan aktiviti berteraskan sosial dan kemudian membantu kerajaan menyelesaikan beberapa aspek melibatkan masalah sosial secara bersama," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global 2013 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah; Ketua Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global, Hans Reitz; Pengerusi Pusat Yunus, Prof. Muhammad Yunus dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah My Harapan, Ashran Ghazi.
Dalam pada itu, Najib memberitahu, beliau yakin dengan model perniagaan sosial yang bertindak sebagai pelengkap kepada sistem pasaran terbuka dalam menyediakan platform lebih baik bagi memperkasakan sesebuah masyarakat.
Katanya, berpegang kepada prinsip itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai transformasi terutama dalam aspek ekonomi untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan lebih sempurna dan pada masa sama mencapai status negara maju. - UTUSAN
* NAJIB Tun Razak ketika hadir merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam. Turut hadir Profesor Muhammad Yunus (dua dari kanan) yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tabung Belia MyHarapan, Nurfarani Daing (dua dari kiri) dan Hans Reitz (kanan). - BERNAMA |
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, dana dengan permulaan RM20 juta akan diselia Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) dan mana-mana pihak yang mahu menjayakan aktiviti memperkasakan sosial boleh memohon.
"Objektif kerajaan melalui penubuhan dana ini ialah mewujudkan masyarakat yang lebih baik. Kerajaan mengakui tidak semua masalah berkait sosial dapat kita selesaikan secara sendirian walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.
"Jadi melalui dana ini, saya berharap kita dapat memperkasakan golongan muda yang komited dengan aktiviti berteraskan sosial dan kemudian membantu kerajaan menyelesaikan beberapa aspek melibatkan masalah sosial secara bersama," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global 2013 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah; Ketua Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global, Hans Reitz; Pengerusi Pusat Yunus, Prof. Muhammad Yunus dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah My Harapan, Ashran Ghazi.
Dalam pada itu, Najib memberitahu, beliau yakin dengan model perniagaan sosial yang bertindak sebagai pelengkap kepada sistem pasaran terbuka dalam menyediakan platform lebih baik bagi memperkasakan sesebuah masyarakat.
Katanya, berpegang kepada prinsip itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai transformasi terutama dalam aspek ekonomi untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan lebih sempurna dan pada masa sama mencapai status negara maju. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment