My Add

Thursday 20 December 2012

4 lelaki tolak dakwaan sokong al-Qaeda

RIVERSIDE, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Empat lelaki California dituduh merancang untuk menyertai latihan al-Qaeda di Afghanistan mengaku tidak bersalah kelmarin di mahkamah.

Tertuduh yang dianggap ketua, Sohiel Omar Kabir, 35, yang dilahirkan di Afghanistan ditahan di negara itu bulan lalu, sehari selepas tiga tertuduh lain ditahan ejen persekutuan di luar Los Angeles.

Kes kerajaan bergantung kepada rakaman perbualan dan perbualan lisan seorang pemberi maklumat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Pemberi maklumat itu juga pernah didapati bersalah atas dakwaan mengedar dadah dan diberi keistimewaan sebagai tukaran bantuannya.

Ia menyebabkan peguam bela percaya empat tertuduh diperangkap oleh ejen persekutuan yang menggunakan pembekal maklumat itu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment