My Add

Tuesday 25 December 2012

8 lanun didakwa cuba merompak

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

 *LAPAN lanun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam
atas tuduhan cuba merompak kapal MT Merlion 2.

KOTA TINGGI, ISNIN, 24 Disember, 2012: Lapan lanun Indonesia yang terbabit dalam cubaan merompak sebuah kapal di Tanjung Stapa, Pengerang dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lapan lanun terbabit yang masing-masing hanya dikenali sebagai Dane, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshahid Abdul Malik.

Kesemua tertuduh bersama dua individu yang masih bebas didakwa cuba merompak secara berkumpulan menggunakan senjata berbahaya ke atas krew kapal MT Merlion 2 yang berlabuh di perairan Tanjung Stapa pada pukul 2.30 pagi 11 Disember lepas.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment