My Add

Tuesday 25 December 2012

China tumpas sindiket pemerdagangan kanak-kanak

BEIJING, SELASA, 25 Disember, 2012: Polis China telah menyelamatkan seramai 89 kanak-kanak dan menahan 355 orang suspek selepas beberapa siri tangkapan rangkaian sindiket pemerdagangan kanak-kanak di negara ini, lapor pihak berkuasa, semalam.

Pengarah di pejabat anti penyeludupan di kementerian keselamatan awam, Chen Shiqu berkata, pegawai-pegawai dari sembilan wilayah termasuk Fujian, Yunnan, Sichuan, Anhui dan Guangdong terlibat dalam operasi yang bermula pada 18 Disember bagi membanteras sindiket tersebut.

Buat masa ini katanya, kanak-kanak itu kini ditempatkan dan menerima rawatan di pusat perlindungan sementara dan polis kini berusaha menjejak ibu bapa mereka.

"Kami akan mengumpul DNA kanak-kanak ini dan menggunakannya untuk mencari ibu bapa mereka menerusi pangkalan data DNA kebangsaan yang diwujudkan untuk tujuan anti-pemerdagangan manusia," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment