My Add

Friday 14 December 2012

Dua askar AS terbunuh pangkalan NATO di Afghanistan dibom

KANDAHAR (Afghanistan), JUMAAT, 14 Disember, 2012: Seorang pengebom berani mati menyerang pangkalan NATO di selatan Afghanistan awal pagi tadi, beberapa jam selepas lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan seorang askar AS dan dua orang awam terbunuh.

Kematian askar AS dalam letupan itu diumumkan oleh Ketua Pentagon, Leon Panetta pada sidang media di Kabul bersama Presiden Afghanistan, Hamid Karzai.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 17 penduduk tempatan dan seorang tentera Afghanistan turut cedera apabila pengebom itu meletupkan kenderaan berhampiran pangkalan Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di bandar Kandahar, selatan Afghanistan, kata polis.

Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment