My Add

Thursday 6 December 2012

Hospital rawat Catherine terima panggilan palsu

LONDON, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Hospital yang merawat isteri Putera William, Catherine di sini semalam mengaku 'menjadi mangsa' panggilan palsu daripada sebuah stesen radio Australia.

Penyampai Radio dari stesen 2Day FM di Sydney itu bertindak menyamar sebagai Queen Elizabeth II dan bapa William, Putera Charles dan berjaya mendapatkan maklumat terkini daripada

jururawat yang merawat Catherine yang dimasukkan kerana mabuk hamil.

Hospital King Edward VII mengesahkan jururawat itu membincangkan keadaan Catherine dan kesal akan insiden yang berlaku kelmarin. - AFP

No comments:

Post a Comment