My Add

Saturday 8 December 2012

Kerajaan Pusat peruntuk RM88.85 juta untuk Orang Asli tahun depan

BERA, SABTU, 08 Disember, 2012: Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM88.85 juta bagi pembangunan Orang Asli di seluruh negara tahun depan.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd. Olian Abdullah berkata, peruntukan tersebut termasuk pembangunan infrastruktur jalan, elektrik, bekalan air, pertanian dan pendidikan.

"Setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar bagi masyarakat Orang Asli dan tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan kira-kira RM110 juta bagi pembangunan masyarakat Orang Asli," katanya pada perjumpaan bersama kira-kira 400 penduduk Orang Asli di Kampung Pos Iskandar dekat sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment