My Add

Monday 10 December 2012

Kerjasama antara kerajaan

Oleh GARRET DAWUM

 KUALA LUMPUR, AHAD, 09 Disember, 2012: Dua persatuan pengguna mencadangkan urusan pengambilan pekerja asing dilakukan sepenuhnya menerusi kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan tanpa melibatkan agensi.

Langkah ini bertujuan memastikan pelbagai masalah yang seringkali timbul termasuk pemerdagangan manusia tidak berulang lagi.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, langkah itu perlu dilakukan segera berikutan kes pemerdagangan orang terutama oleh agensi pembantu rumah kian membimbangkan sehingga boleh mencetuskan pelbagai masalah lain.

"Maka, kerjasama dua kerajaan terlibat amat penting bagi mengawal urusan pengambilan pekerja asing menerusi agensi tertentu yang suka mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan berlipat kali ganda," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment