My Add

Saturday 15 December 2012

Konspirasi singkir Karpal?

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Seorang pemimpin DAP hari ini mendedahkan wujudnya konspirasi untuk menyingkirkan Pengerusi DAP, Karpal Singh daripada terus mempertahankan kedudukan beliau dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP ke-16 esok.

Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigamany mendakwa, konspirasi itu didalangi sekumpulan pemimpin DAP yang bercita-cita tinggi menawan Putrajaya tetapi gusar dengan kehadiran Karpal yang boleh mengugat hasrat mereka.

"Kumpulan ini juga diketuai seorang pemimpin wanita yang sudah mula menjelajah ke seluruh Selangor sejak sebulan lalu bagi mendapatkan sokongan serta undi untuk beliau, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP lain dalam pemilihan parti nanti.

"Namun, nama Karpal langsung tidak tersenarai dalam 'kempen' mereka. Mesej kumpulan ini sangat jelas bahawa mereka tidak mahu Karpal diundi dalam pemilihan CEC kali ini," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara tersebut di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment