My Add

Thursday 20 December 2012

Krisis Syria tiada prospek untuk tamat: PBB

NEW YORK, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Krisis yang melanda Syria yang kini berlarutan selama 21 bulan tidak mempunyai prospek untuk ditamatkan, termasuk memulakan dialog antara kerajaan dan pembangkang, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon.

Memberitahu sidang media di sini, hari ini, Ban berkata, satu-satu jalan untuk menamatkan keganasan ialah menerusi keputusan politik di negara itu sendiri.

Beliau juga memberi amaran kepada anggota Majlis Keselamatan PBB yang berpecah mengenai krisis di Syria agar memulakan kesepatan untuk memberi arah baru politik kepada Syria.

“Syria memulakan awal tahun dengan konflik dan mengakhiri hujung tahun dengan perang," katanya.

"Setiap hari angka kematian meningkat. Bulan demi bulan kesan krisis ini di rantau semakin berkembang," katanya. - AP

No comments:

Post a Comment