My Add

Tuesday 25 December 2012

MADA tidak setuju dikena caj air

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menentang hasrat Kerajaan Pas Kedah untuk mengenakan caj bayaran bagi penggunaan setiap liter air mentah kepada MADA atau peladang di kawasan MADA.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Draf Akta Sumber Air Negara, Bahagian V Seksyen 26 (1) memberikan hak mengenakan caj penggunaan air dalam sesuatu negeri dalam Persekutuan mengikut peruntukan dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, MADA telah memohon pengecualian caj untuk penggunaan air bagi tujuan pengairan dan Enakmen Sumber Air Kedah 2008 yang diwartakan pada 27 Mac 2008 meletakkan tanggungjawab pengurusan bersepadu mengenai penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air kepada kerajaan negeri Kedah - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment