My Add

Thursday 20 December 2012

MB Perak kesal Nizar tweet tohmahan dibangkit pada sidang DUN

IPOH, RABU, 19 Disember, 2012: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini meluahkan rasa kesal dengan sikap wakil rakyat pembangkang kerana menggunakan laman Twitter untuk menyebarkan tohmahan yang dibangkit pada sidang dewan undangan negeri (DUN).

Katanya, perbuatan Ahli DUN Pasir Panjang yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu menunjukkan beliau tidak berasa bersalah menyebarkan pembohongan.

"Nizar terus mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan penipuan, beliau rasa tidak bersalah dan tidak berdosa apabila mengeluarkan perkara seumpama itu dan ia (tindakan) seperti menjadi sebahagian daripada kehidupannya yang suka memutarbelitkan kenyataan," katanya kepada pemberita di luar sidang DUN di sini.

Beliau mengulas kenyataan Nizar "Yb Dato Ngeh is now exposing 35,000 acres of land scandal given by Zambry n his exco to just one company rahman hydraulic", menerusi akaun Twitternya semalam, ketika Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) membangkitkan perkara itu pada sidang DUN.

"Bila dia (Nizar) 'tweet' ia akan dibaca oleh semua orang dan dia sudah menyebarkan lagi perkara yang sudah diputarbelitkan dan ia sesuatu yang tidak baik," kata Zambry.

Beliau turut menegaskan dakwaan pembangkang itu hanya tohmahan.

"Kalau dulu memang ada cadangan bukan hanya kepada Rahman Hydraulic tetapi juga syarikat-syarikat lain, ia cadangan supaya mereka dapat tanah penerokaan," kata Zambry. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment