My Add

Sunday 23 December 2012

Pembangkang ‘jual agama’ boleh runtuhkan Islam

KUALA TERENGGANU, SABTU, 22 Disember, 2012: Tindakan pembangkang yang sanggup ‘menjual agama’ semata-mata untuk merebut kuasa pemerintahan negara dikhuatiri akan meruntuhkan institusi Islam yang selama ini dibina dengan begitu kukuh oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, di bawah pemerintahan kerajaan BN yang diterajui UMNO sehingga kini, agama Islam berkembang dengan baik dan ummahnya menikmati kesejahteraan sehingga diiktiraf oleh negara-negara Islam yang lain.

Beliau berkata, negara-negara tersebut bukan sahaja memuji cara Malaysia menegakkan Islam malah turut berhasrat menjadikan ia sebagai contoh dalam membangunkan Islam di negara masing-masing.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Imam, Bilal dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment